Tuesday, 3 May 2016

Tumbuhan landskap

Hello!! untuk posting kali ini Miss Nipuhawang akan terangkan tentang tumbuhan landskap.

Tumbuhan landskap boleh dibahagikan kepada beberapa jenis kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.

Tumbuhan landskap boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu:

a) Pokok Naungan atau saka
b) Pokok Palma
c) Pokok Renek
d) Kaktus dan Lendair (sukulen)
e) Pokok Orkid
f) Rumput Turf
g) Tumbuhan memanjat dan menjalar
h) Tanaman hiasan dalaman
i) Tanaman Penutup Bumi
j) Tanaman Semusim
k) Tumbuhan herba
l) Tumbuhan air (akuatik)

Untuk post kali ini saya akan terangkan mengenai pokok naungan, tumbuhan renek, tumbuhan penutup bumi dan rumput turf.
POKOK NAUNGAN

Pokok jenis ini ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. Selain itu jenis tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai penahan angin. Biasanya, pokok jenis ini adalah dari jenis saka dan berbatang tunggal. Ia juga dikenali sebagai pokok pinggiran jalan. Pokok ini tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan hidup melebihi 50 tahun. 

Contoh:

Semarak api (Delonix regia)
Tembusu (Fragea fragnans)


Hujan-hujan (Samanea saman) also known as monkey pod 
Bungor (Lagerstroemia speciosa)
Bunga tanjung (Mimusop elengii)


Ciri- ciri pokok naungan
a) Bentuk : bujur telur, memanjang, kun, piramid, mengurai, bulat, mendatar, rampak

b) Ukuran 

Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbuhsaran yang berbeza:
i. Cepat membesar (2.5m setahun)
ii. Sederhana membesar (1.5-2.5m setahun)
iii. Lambat membesar (Kurang 1.5m setahun)

Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian semasa matang.
i. Pokok rendah (4-10m)
ii. Pokok sederhana tinggi (10-15m)
iii. Pokok tinggi ( melebihi 15m)

c) Tekstur
Bertekstur halus ataupun kasar

d) Warna
Kebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi adajuga yang daunnya berwarna-warni atau mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu. 


TUMBUHAN RENEK

Tumbuhan renek merupakan tumbuhan berbatang kayu yang banyak mengeluarkan dahan serta ranting daripada bahagian pangkal. Ketinggian bagi tumbuhan ini adalah kurang daripada 5 meter. Terdapat tumbuhan renek yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk.


Contoh :

Mengkudu siam (Pisonia subulata)

Sulpher alder (Turnera subulata)

Image result for ixora javanica
Ixora javanica

Bunga Siantan (Ixora sunkist



TUMBUHAN PENUTUP BUMI

Tanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30cm daripada permukaan tanah. Kebanyakkannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar di atas permukaan tanah.

Contoh :
Pinto peanut(Arachis pintoi)
Alternanthera ficoidea

Pandanus pygmaeus


RUMPUT TURF

Rumput turf adalah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae yang ditanam dan dijaga dengan rapi di padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda, padang golf dan pinggiran jalan.

Contoh:
Rumput bermuda (Digitaria didactyla)
St. Augustine grass (Stenotaphrum secundatum)
 Carpet grass (Axonopus compressus)

7 comments:

 

Miss Nipuhawang Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang